KM merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merujuk kepada Kebenaran Merancang. Pihak MPSepang telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu Aplikasi yang dikenali sebagai eKM bagi tujuan memproses dan memantau permohonan Kebenaran Merancang secara lebih interaktif. Dengan kata lain untuk mewujudkan satu 'Bank Data' di mana isu 'Big Data' kini menjadi semakin kompleks.
Aplikasi Sistem eKM merupakan sistem bantuan komputer yang dapat digunakan sebagai alat pengurusan dan perancangan, pengawalan dan pemantauan pembangunan. Pembangunan Aplikasi eKM yang berasaskan web enable dan GIS ini adalah perlu diadakan sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa.
Pembangunan Aplikasi Sistem eKM ini akan memaparkan maklumat spatial dan non-spatial dalam bentuk aplikasi yang interaktif. eKM yang dibangunakan ini bersifat mesra pengguna di mana pengguna yang tidak mahir dalam penggunaan perisian GIS seperti MapInfo Professional, ArcInfo, Arcview dan sebagainya boleh membuat rujukan, carian, analisa, mencetak dan seumpamanya. Dengan adanya eKM ini membolehkan orang awam, sektor swasta mendapat maklumat dengan mudah sesuai dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan e-government yang secara langsung dapat menjimatkan masa, tenaga, kertas (paperless) dan seumpamanya.
Dengan adanya eKM ini juga boleh membantu pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk mencapai segala visi, matlamat dan objektif dengan menggunakan teknologi ICT mengikut kesesuaian skop operasi yang ditawarkan khususnya dalam menangani permasalahan penduduk yang semakin kompleks pada masa kini.